

P/S: Alonso & Massa datang makan nasik lemak ayam sambil buat roadshow F1 GP kat Pelita Jln Ampang ni.....Oscar El-Capito signing out!


P/S: Alonso & Massa datang makan nasik lemak ayam sambil buat roadshow F1 GP kat Pelita Jln Ampang ni.....
Seminggu lagi.... aku akan meraikan ulang tahun perkahwinanku.... planning sudah ada, hanya menunggu masa tiba. Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Berita abangku meninggal pada 330am pada 7 march 2010 membuatkan aku membatalkan semua planningku terus pulang ke Labuan. Abangku telah pun kembali ke rahmatuallah setelah 24 tahun kami bersama, kasih sayang, duka, senang, begaduh, ditendang aku dah merasa semuanya. Tapi masih belum puas untuk aku bermanja denganmu kerana aku lebih kenal dengan perangai kita yang sentiasa bergaduh waktu kecik2. Kalau dibandingkan abgku waktu kecik2 ni dengan abg org lain mesti jauh bezanya, sehingga mama terpaksa ikutkan petua zaman bila ntah kalau adik-beradik selalu bergaduh minumkan air pusat masing2..tp tiada kesan langsung.hahaha.. Kalau tak bergaduh bukan abang la namaya. Abang bukan suka membuli aku, tapi aku adik yang suka menyakat abangku hingga dia marah dahla panas baran. Kalau abangku tidur tengahari mulut tebuka sikit..aku pun apa lagi masukkan eno..hehehe...mana la tak dikejarnya aku sampai perumahan cina pastu kami pulak dikejar anjing..berlari mcm org giler blik rumah tapi lega jugak sbb abangku dah lupa nak sepak aku sebab kes eno tadi.
Setahun juga kita akhirnya... setahun pertama untuk bertahun lagi lamanya... untuk tahu apa rasanya punyai kebahagiaan hidup bersuami isteri, kahwinilah isterimu seikhlasnya... insyaallah, tuhan akan redhai segala usaha membahagiakan perkahwinan ini.....
Manchester United 4- 0 AC Milan
