Thursday, March 11, 2010

Tamat sudah CL2010 utk Milan.....

Manchester United 4- 0 AC Milan

Wuuuuhhaaaiiii!!!!

Aku sanggup bangun utk melihat match ni LIVE di ESPN HD, tapi malangnya tewas juga Milan pada MU buat julung kalinyer.... kalau sebelum ni, Milan pasti berjaya membuat comeback walau dah dikalahkan pada perlawanan pertama... Tapi bukan pagi ni. Milan betul2 longlai tanpa NESTA, PATO, GATTUSO & ZAMBROTA yang rata2 ada dibangku simpanan. Apa sebenarnya strategi LEONARDO pun aku tak paham... akibatnya- Kalah 4-0. Kemasukan Beckham buat kali pertama selepas 7 tahun betul2 menukar corak permainan Milan yang tak bermaya pada sedikit menarik.... Dia masih ada auranya lagi....

Pagi ni aku ditemankan oleh SMS Sa'e Shukur dari rumahnya.... sempat aku mengupdate padanya setiap kali gol, buatkan dia pelik mcmana aku boleh inform dia sedangkan masih belum gol lagi... inilah uniknya Asto Byond- baru aku sedar yg user Astro lain yang tgk Live dari signal biasa akan delay lebih kurang 45 saat... agak lama jugak gap Byond & Astro SD....

Apa2 pun... AC Milan dah tewas... Bye-bye CL 2010...

p/s: Alasan LEONARDO utk tak mahu bazirkan tenaga pemain utk terus tumpukan pada SerieA nampak tak logik... tapi bila tengok pada ranking, Milan boleh saja kejar top-spot utk juarai SerieA yang hanya beza 2 point dari pendahulu- Inter Milan.... Forza Rosenari

Oscar El-Capito signing out!



Wednesday, March 10, 2010

Sesungguhnya Mati itu benar...

Semasa ini aku sudah berada di semenanjung... sendiri. Isteriku masih lagi di Labuan bersama keluarga mertua ku..

"Sesungguhnya Mati itu benar....."

Ayat yang inilah antara ayat2 paling dahsyat impaknya dalam hidup aku... sepanjang 29 tahun aku hidup, telah 3 kali ayat ini betul2 menusuk ke tepat kehati aku.... sedih di ikuti dengan insaf dan seterusnya kerelaan untuk terus hidup tanpa mereka2 yang aku kenal... Pertama; Allahyarham Sali Ezwan Mahali- rakan sekolah rendah & menengah yg lemas ketika menyelamatkan rakannya. Kedua; Allahyarham Haji Utoh Bin Ghani- Datuk ku yg menjagaku dari aku kecil sampailah tinggal 100 hari lagi sebelum aku bernikah- sakit tua. Ketiga; Allahyarham Fahd Nashrique- Abg iparku yang tiba2 meninggalkan seluruh keluarganya dalam kemalangan....

Oscar El-Capito signing out!



Sunday, March 7, 2010

Black March

10:00 mlm

".........................................Bang!"

Teriakan isteriku bila ternampak kereta ku meluru kearah kereta kancil didepan ku.. PRaGHH!!!. Nampaknyer perlanggaran kali ni buatkan plat keretaku patah... hanya tinggal BJM jer lagi, 5011 patah terbaring di jalan raya. Kereta kancil tu cuma senget bumper belakang shj.... Perbincangan dengan pemandu kancil itu hanya seketika setelah kedua2 rasakan keremehan masalah ini tak perlulah dibesar2kan....


Walaupun debaran hati selepas accident tadi masih ada.... aku terus saja pulang ke rumah tanpa pikirkan macam mana nak repair plat keesokkan harinya... inilah sebahagian black march semakin menjadi2 bulan ni....

3:30 pagi

"Kenapa Noi, kenapa Noi... Ha?.... Meninggal..."

Tidurku disergah dengan suara perbualan isteriku di hensetnya.... bunyinya mcm cemas, aku yang sedang blur2 nampak kabur2 seperti isteriku menangis terhesak2... sempat aku tepuk belakangnya untuk apa pun aku tak tau... lepas itu, aku kembali tidur....

"bang, bangun! jom g KLIA.... acik meninggal...."

Kali ni aku rasa aku terus sedar bila dengar ayat yg keluar dari mulut isteriku.... dalam hati ku ucapkan innalillah... masih blur aku pun kata "JOM!"m... Menjengah ke bilik, aku terus nampak beg siap dengan baju seperti utk bercuti panjang... Aku ikutkan saja. Rasa cemas + berdebar semakin membuak dihati, sama seperti accident tadi.... Tak tahu aku apa akan aku hadapi di Labuan nanti. Terus aku start kereta & pecut ke KLIA.... (Airasia tiada flight ke Labuan hari ni)

5:30 pagi

Sampai saja di KLIA, terus isteriku mendapatkan tiket ke Labuan pagi itu- 9 pagi. Aku yang masih mengantuk menyambung tidur di kerusi menunggu airport dan isteri ku masih lagi berbalas SMS.

.....................



Thursday, March 4, 2010

COD:MW2 completed in 5 Hours

Selepas ApocalyPS3 yang menyerang PS3 hilang. aku terus menghilangkan kerinduan pada MW2..

Mungkin kerinduan ini membuatkan aku terus menghabiskan game ini dalam masa 5 jam saje.... sekejap pulak rasanya... So, hari2 mendatang aku cuma perlu habiskan Spec Ops Co-op game... Akan ku ajar isteriku untuk main skali... tak lama lagi terrerlah dia.. wakakaka.....

Oscar El-Capito signing out!



Tuesday, March 2, 2010

1 March & ApocalyPS3

Baru saya 1 hari melepasi bulan yg penuh panca roba.... 1 march saja dah mula dengan mcm2 peristiwa terjadi.

“Registration of the trophy information could not be completed. The game will now quit (8001050F)"

mesej ni memang menyakitkan hati bila aku cuba main COD;MW2 kat PS3 aku... lebih-lebih lagi bila niat aku cuba mengajar isteri ku untuk main Co-op game... Malam sebelum tu memang aku ada main FIFA10 sepanjang malam (walhal sambil terlelap2...), lebih kurang 5 pagi baru aku berhenti. Tak mungkin disebabkan itu boleh datangkan error sedangkan aku pernah main 24jam non-stop tanpa ada masalah...

Aku mula menggodek system setting, mana tau ada tertukar setting secara tak sengaja... lepas tu 2-3 kali aku try main MW2, masih lagi keluar msg yg sama.... termasuk FIFA10.

Aku mula syak ada yang tak kena.... dan bila aku online utk cari solutionnya, baru aku tahu berjuta lagi gamers PS3 serata dunia mencari solution yg sama... 8001050F dah jadi masalah global utk PS3... Tiba2 aku rasakan mcm ada satu komuniti antara games seluruh dunia cuba untuk berkongsi maklumat & pengalaman utk cari solution masalah ni. Youtube, Twitter, Forum penuh dengan gamers berkongsi cerita isu yang sama... Aku hanya mampu baca & cari kalau2 ada sesiapa yang berjaya cari solution, tapi malangnya belum ada.

Setakat ni, Sony masih belum dapat solve masalah ni lagi.... Tapi bug yg di panggil ApocalyPS3 ni cuma serang PS3 lama mcm aku saja... siapa yg guna PS3-Slim masih selamat... Adoyaii!!! Aku tunggu jelah solution dari Sony nanti... harap2 tak lama. Tangan aku dah gatal dah nak main MW2....

*malam ni juga duit aku tersangkut dlm CDM Maybank kat Shell Sek9... Duit utk AEON credit card aku tu... Aduh!!. Malang-malang... permulaan bulan yang penuh mencabar...Oscar El-Capito signing out!







Friday, February 19, 2010

Persediaan HKK 2010....

Hari Kraf Kebangsaan 2010 ; 24hb Feb - 08hb Mar 2010
Kraf Kreatif & Inovatif

Hari Kraf Kebangsaan atau HKK adalah acara utama dalam kalender aktiviti promosi Kraftangan Malaysia... Semua bahagian dalam Kraftangan akan terlibat secara langsung dalam memastikan HKK akan berlangsung mengikut tarikh yg ditetapkan. Acara ini dah menjadi acara tahunan, dan tahap kesibukan persiapannya boleh dikatakan maha hebat....


Ini adalah HKK kali kedua yang aku terlibat (tahun lepas aku hanya sempat pada peringkat awal perancangan... lepas tu aku cuti kawin), dan kali nilah aku dapat rasakan tekanan paling hebat sepanjang aku join Kraftangan. Lebih2 lagi aku sudah kehilangan staf aku paling efisyen oleh kerana cuti bersalinnya jatuh sepanjang persediaan & semasa acara ini bermula.... di tambah pula dengan 4-5 projek yang datang dengan tiba2 sepanjang perancangan HKK tahun ni. Unit aku dah tak menang tangan, lebih2 lagi aku. (semua org boleh kata mereka sibuk utk elakkan dapat kerja berlebihan... hehe)

Unit aku seperti azalinya akan menguruskan hal2 pameran dan keceriaan semasa acara ini berlangsung.... apa yang bezakan HKK kali ini, pembahagian ruangnya agak banyak.

http://www.kraftangan.gov.my/hkk

Oscar El-Capito signing out! 




Wednesday, February 17, 2010

Champion League 2010 Knock-Out; AC Milan vs Manchester United 1st Leg

Result: AC Milan 2 - 3 Manchester United

Pertama kali aku bersungguh2 untuk stay-up sampai pukul 4 pagi utk tengok game bola.... Antara AC & MU... lebih kurang sperti dry-run sebelum aku WorldCup 2010 bulan Jun nanti... Nak tengok qualiti HD yang digembar gemburkan. Klu blue-Ray aku dah biasa.... kali ni LIVE di ASTRO SupersportHD.

Boleh kata aku suka 2-2 team.... So, yg mana menang sebenarnya tak jadi masalah.... cuma aku memang akan berat pada Milan sedikit... sebab team ni antara team yg aku kenal sejak dari darjah 2 lagi.. dan team favorite aku dalam FIFA PS3.

Teringat pulak Final 2005 antara AC Milan vs Liverpool yang buat aku terkedu bila 2nd half dengan tiba-tiba Liverpool dapat kejar 3 gol dan akhir sekali kalahkan Milan dalam penalty-shootout. Aku dah senyum lebar bila minit pertama MALDINI menanduk masuk bola, dan kemudian 2 gol dari CRESPO.... tup-tup 2nd half semua tak menjadi....


Samalah bila gol seawal minit ke-3 RONALDINHO, di balas dengan 3 gol mudah MU. Manalah tak buat aku kecut perut.... Permainan Milan teratur sepanjang 90minit... ada kemungkinan Milan boleh menang di Old Trafford 10 March nanti.

Tapi keseluruhannya aku puas hati. Gambar LIVE HD memang cantik... so aku rasa musim WorldCup kali ni akan buatkan punch card aku bertukar warna hijau atau merah kerana keasyikan melayan game live awal pagi...

p/s: Isteri aku yang suka tengok pemain bola belari kejar bola out, bila di kejut tgk game ni.... cuma mampu buka sebelah mata je.... hehehe pastu bila tau Milan kalah.... dia gelak je kat aku....

Oscar El-Capito signing out!



Sunday, February 14, 2010

Buffday Suami ku....


Seminggu sebelum hari ulangtahunnya, dah bepuluh2 kali ayat yang sama tentang LG Chocolate terngiang2 kt telingaku.permintaan di luar kemampuanku..aper pun,aku mmg dah blur sgt klu bab2 hadiah ni.aku hanya perlu diam dan dgr jer aper yg d mahukan suamiku sbb aper jer yg terlintas di fikirannya akan disuarakan sbgai permintaan hadiahnya..tapi aku tau..die hanya bergurau,bergurau dgn penuh harapan. Hari ulang tahunnya semakin dkt..aku tertarik dgr salah satu permintaannya yg ku anggap agak diluar kemampuanku jua.Tapi setelah ku kira semua perbelanjaan bulananku..aku masih mampu utk memberikannya hadiah pilihan keduanya.Aku kerap kali meminjam kereta dr suamiku, mksdnya samada aku hntr die ker LRT kelana jaya pagi2 buta atau die menumpang rakan sepejabatnya.Maka bermulalah operasi aku mencari hadiah utk suamiku, sekarang apa yg aku rancangkan adalah membawanya ke concert 1 suara Faizal Tahir dan Aizat dan Hadiah pilihannya. Lunch hour pada 8hb feb aku mengajak kak olin rakan sepejabatku sbg meneman menawar harga, tp tauke kedai ni lebih tertarik dgn aku rupanya..katanya 'waahh....u betul2 sayang u punya laki oo'....untung lloo...dia dpt u..'..aku nk gelak ker..aku nk ckp betul ker pun aku xtau..memandangkan adakala benda2 yg membuat aku terguris hati masih ada lg..aku pun xtau cner nk buang.klu boleh ganti hati ni dgn hati aku yg minggu lps..mayb aku xkn mcm ni..sentiasa berhati2 dn belajar berdikari lebih lg.Aper2 pun...aku sbgi isteri haruslah aku cuba tepis hasutan2 syaitan kt kepala aku ni..ssuuuhhh...sssuuuhhh.....Aku pun membayar kt tauke cina ni...kaya cina ni aku dan suamiku sll membeli brg2nya.Sekarang masa tuk pikir cner aku nk sembunyi hadiah ni,aku letak kt ofis dulu buat sehari ni,esoknya br aku akan blik ker rumah time lunch hour utk disembunyikan.Tapi pada hr yg sama aku membeli hadiah,selesai jemaah maghrib bersama suamiku,die mula membuka2 membelik2 semua area kt rumah ni..katanya die dah tau aku mesti dah beli hadiah..itulah suamiku..suka sgt menyakat..yelah saper lg nak menyakat aku,klu bujang dlu yelah..dh bersuami,suami jelah dookk.Keesokan hrnya aku pun meletakkan hadiah d bwh katil bilik tgh rumahku,tebaiklah..die xkan nmpk.So kul6 pm aku pun begerak ker KL nk amik buffdayboy ni kt ofis..tp mcm biasalah suami kebiziannya.aku pun begerak sorg2 ker pavillion sambil menunggu suamiku siap keje.aku beli kad buffday dan cerita Forest Gump..kt speedy..dah 1 jam 20 minit aku menunggu die..seperti yg tertera di mesin membayar kad parking berjumlah rm6,maka kami pun bergrklah ker hartamas square fav tmpt mkn kerang kami dah wantan mee...seddaappp sekkaawwiieee...1130pm kami mula bergerak pulang kerumah,tepat2 jam12..aku tgk suamiku dh terlentang dpn tv dgn mata kemerahan kepenatan..kesian aku tgk die tiap kali pulang ker rumah.jadi aku pun keluarkanlah hadiah BANDHERO PS3 nya,aku pun xtau die suka ker tk dr air mukanya..xmenunjukkan happy sgt..mayb sbb ini pilihan keduanya kot.xperlah aku masih ada 1 hadiah lg hr jumaat ni.Aper lg,kami pun teruslah menunjukkan bakat bermain drum,guitar,dan karaoke.sampailah jam2..



10hb Feb 2010,hr rabu - Aku hanya beli j.co mini dah nyalakan lilin jer atas donut2 mini tu.pastu amik gmbr dan bg kad ucapan dr aku.Aku bab2 mengarang ni susah sikit..ayat xbyk bunga mcm suamiku..aku suka straight forwrd jer..belasah jerlah.Tapi setelah die baca kad tu aku dpt ciuman manja dr suamiku..wah..ayat aku power ker..hehe..



12hb Feb 2010,hr jumaat.- setiap kali kami pergi karoke, suamiku akn menyanyikan lagu faizal tahir..jd aku pun membelikan tiket concert 1 suara,seat aku beli kira seat dr pilihan terbaik.aku cukup berpuas hati..kebetulan pulak..malam ni..malam Gala penuh concert..turut datang menonton Tun Dr.Mahadir Mohammad dan isteri..wahhh...xsangka..tgk concert ni beb ngn Tun..DASYHAATTTT....hampir 3 jam setengah kami terpaku dengan persembahan bertenaga dr aizat dan faizal tahir..xbrkelip mata aku dibuatnya. Semua penontot berpuas hati,mana taknyer aku bg rating 11/10 la..jam 1230am kami pun berganjaklah pulang kerumah,cuba memenuhi masa 4 hr cuti bersama diiringi dgn masa2 suamiku bekerja..



Apa2pun terjadi selamat ulang tahun sayang....dr isteri yg cute ni...neena..muaahhh..

Saturday, February 13, 2010

Konsert Satu (Tiga) Suara ; Aizat & Faizal Tahir + Siti Nurhaliza


Klu tak kerana Faizal Tahir, mungkin aku pikir dua kali utk ikut isteriku tgk konsert ni di Istana Budaya.... lebih2 lagi dalam kesibukan 24jam Hari Kraf Kebangsaan aku ni. Isteriku kata, ini adalah sebahagian dari series hadiah harijadiku... so, aku terima jelah. Nak kata aku tak suka pergi tgk konsert, tak jugak. Tapi alhamdulillah, konsert taklah mem'boring'kan kecuali part Siti.

Konsert 3 hari ni start agak lewat dari jadual... lebih kurang 9:15 (45minit lewat).... selepas ucapan alu2an dari VIP Yayasan AEON... Konsert dimulakan dengan persembahan Aizat selama 1 jam... dan kemudian Faizal Tahir juga sejam.... last skali Siti, dan medley dari tiga-tiga artis selama sejam....

Oscar El-Capito signing out!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...