Wednesday, February 10, 2010

Hari ni hari Aku & Sooyoung!!!

10 Feb 2010...
8:15pm.

Hari Aku dan Sooyoung... hahahahaha..


kami kongsi tarikh besdey yg sama... hehe.. tapi itu selingan saja.....

inilah tahun pertama selepas 29 tahun lepas aku dilahirkan... aku dapat rasakan beratnya tanggungjawab yang aku kene tanggung... dapat rasakan makin besarnya makna jadi manusia bergelar suami..... hidup semakin hilang rasa timbang rasanya.... tapi alhamdulillah. Isterilah tempat aku segarkan semula hari2 ku.... syukur aku masih diberi peluang lagi utk terus hidup saban tahun.... Ya Allah, Sejahterakanlah keluargaku..., murahkanlah rezeki ku.... amin.


*Photo source: Personal collection & http://snsdkorean.wordpress.com/sekian.

Oscar El-Capito signing out!




Sunday, February 7, 2010

Sunday, January 31, 2010

Aku & WORLD EXPO 2010

Assalam,


Sebelum aku mulakan apa2 cerita pasal trip aku ke Shanghai kali ni... baik aku mulakan dengan tujuan sebenar aku ke sana...

Sebenarnya aku terpilih menjadi wakil Kraftangan Malaysia untuk lawatan teknikal ke tapak WORLD EXPO 2010.... semuanya bermula bila aku diminta untuk print-out plan Pavilion Malaysia. Walaupun tugas asal hanya untuk print-out plan pavilion, tapi aku dapat menghidu yang tugas membuat layout akan jadi beban baru aku.... akhirnya menjadi kenyataan. Tapi alhamdulillah, tugas ni telah membawa aku sendiri ke Shanghai... Syukur...

WORLD EXPO... aku mula mendengar perkataan ini sejak dari tahun 2005 lagi... masa aku degree IA di UiTM Shah Alam lagi. Junior aku antara group student UiTM pertama yg berjaya dapatkan sponsor utk pegi World Expo 2005 di Aichi, Jepun. Lebih kurang seminggu mereka di Jepun utk lawatan World Expo sekitar Aichi....

Awal aku masuk Kraftangan, World Expo 2008 sedang berlangsung di Zaragoza, Sepanyol. Disebabkan unit aku baru diwujudkan, jadi design & setting-up di World Expo dibuat oleh Unit Hasil Rimba... Tapi, masa ni aku dah tau apa itu World Expo... berapa besarnya scale event ni... apa impak dia...

Tak ramai berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam World Expo ini.... Skalanya cukup besar kerana melibatkan imej sesebuah negara di tempat org... Bermula dari tahun 1851 di Crystal Palace, UK... edisi ke 55 kali ni di adakan sepanjang tebing Sungai Huangpu, Shanghai. Bukan calang2 org yang terlibat. Nama2 arkitek hebat- Kisho Kurokawa, Le Corbusier, Mies Van Der Rohe, Zaha Hadid, Tadao Ando- semuanya menggunakan peluang ini utk berkarya... kenapa aku tidak?.


Walaupun contribution aku taklah sebesar mana, tapi langkah pertama utk aku mengukiti idola2 aku ni.... aku pun cuba memberi idea & design terbaik dalam masa singkat yg aku ada...

sekian.

*Photo source: Personal collection & wikipedia


Oscar El-Capito signing out!



Saturday, January 30, 2010

Me said...


"5 hari aku di Shanghai.. aku hilang 6kg... tanpa bersenam, tanpa berpeluh, tanpa berlari.... hanya perlu menahan kesejukan siang dan malam"
Farid Atras, 61.5kg



Tuesday, January 26, 2010

Perjuangan....AKU SEORANG PEREMPUAN

MPOC 2010

New beezz Dvision 2 DAY 1, - Jantungku tak berhenti berdegup laju dari aku bangun pagi sampailah aku dalam field..rupa2nya jantungku memberi instinct game kali ni cukup mencabar aku sebagai seorg perempuan yg perlu berfikir dan berjuang seperti seorg lelaki. Sampainyer kami d tent abg shameen dan faizan seperti sdh biasa dgn kelambatan kami..tp selambat2 kami lambat lg game walaupun kami d beritahu game bermula 8 pagi tp sudahnyer 930 pagi..dah set up marker, penantian nama kami d panggil sudah tiba OSCAR VALKYRIE vs RED SEVEN game akan bermula dlm masa 10 minit.Hari ni pit crew kami Maira dan ARA akan mengalami pengalaman yg baru atau di terima sebagai "first & last"..

1st Game - Oscar Valkyrie vs Red Seven

Aku ni nk kata tak pernah tgk D2 main xjgk..tp ketakutan aku untuk bermain D2 sehingga aku lupa akan 10second warning.......adakah suara yg akan aku dengar "GAME ON"....rupenyer bunyi siren....dah rugi 2 saat aku lambat breakout..= tekejut+berkarat. Kemudian aku tgk 1 per 1 sorg2 mati...wahh..dasyhat..Red seven skang atau pun kami ni yang terlalu berkarat...terkejut dengan kepantasan red seven atau morning sickness kami yg xpernah2 hilang setiap kali game pagi.Kami kalah dengan Red seven untuk game yg pertama tp yang mengejutkan aku kami balik ker tent seorang pun xbersuara tergamam dengan kepantasan D2 MPOC.

2nd Game - Oscar Valkyrie vs Eastsiderzz

Aku dah mula boleh membaca rentak game D2, tapi game kali ni aku coach dr luar jer..tapi suara aku ni hanya nan jer yg dengar.klu aku tau aku bisik jer kat nan xpyh la jerit2 nama semua org.buat sakit tekak aku jer smpai hr nie. Game kali ni kami masih kalah dengan pihak lawan tapi balik ke tent jer kami dah mula bersuara menyusun strategi untuk game ker tiga kami.

3th Game - Oscar Valkyrie vs D'mercy kidz

Aku d arahkan untuk menjadi cake-lady...tapi style aku bermain klu dah aku hbis 1 pot dan aku masih berada d bunker yg sama maksudnyer aku harus gerak..aku cuba jadi cover untuk atras sbb kelihatan faizan dah mula berlari keluar aku smpt jgk menembak salah sorg dr dorito side setelah atras d tarik keluar dan aku plk kn 1 for 1..time ni la aku kn tembak kat kepala sampai benjol kepala aku d buatnyer. Pendekkan ceritala xpayahla aku nk cerita strategi kami...game ni kami menang...

4th Game - Oscar Valkyrie vs CMX

Kami dah boleh membaca game pihak lawan dengan hari yg beransur ke tengahari maka morning sickness kami pun dah hilang masing2 focus dengan game..kali ni kami menang lgi...

Habis game untuk hari ni aku terdengar suara seseorg " aku tak suka team ni klu pagi tapi klu tengahari aku suka team ni" ....mmmm......apedah...selesai hari ni maka wujudlah nama osman bakri yang kita dengar sehingga hr ni.

will be continue....


Wednesday, January 20, 2010

They said....

"Its not the qualifications, titles or money that you will make or gain, But it’s the people that you will meet along the way that will bless your soul"
Dr Tan Loke Mun PRESIDENT of PAM
(Persatuan Arkitek Malaysia)

Oscar El-Capito signing out!




Thursday, December 31, 2009

2010

"Kurang lagi 24 jam nak masuk 2010... huhuhu"
Oscar El-Capito signing out!



Saturday, December 12, 2009

KLIB 2009 - My debut idea for 2010 Kraftangan Showcase.... insyaallah...

Assalam,

Bermula dari semalam (11.12.09), sampai esok (13.12.09)- KLIB 09 sedang berlangsung di KLCC Convention Center. Aku, seperti biasa menjadi pegawai yang bertanggungjawab dlm memberi idea & merekabentuk booth Kraftangan Malaysia utk Kuala Lumpur International Batik 2009 (KLIB 09)-tapi sebenarnya akulah juga yg buat dari A-Z utk booth ni.


For record, inilah 2nd special custom booth yang aku design selepas MICCOS 07 di PWTC - masa menjadi lecturer di LimKokWing University dulu. Apa yang buat aku rasa puas kali ini- approach yang dah lama aku cuba kenalkan pada pameran Kraftangan dari awal aku kerja lagi tapi tak kesampaian... kali ni, agak berjaya.

Sampailah hari ni, aku agak berpuas hati dgn apa yang aku cuba sampaikan dalam design booth Kraftangan kali ni... walaupun ada 2-3 bende yang terpaksa aku adjust last minit, 75% dari apa yang aku design dah jadi realiti.

Untuk KLIB 09, tiada segmen bagi Home Furnishing... itu yang dibrief pada aku dari awal lagi..... so, utk cater sejumlah mannequin yang pasti banyak digunakan- aku guna konsep runway catwalk ajelah.... idea ini sepatutnya aku guna untuk Temasya Busana Muslim 09. Tapi oleh kerana program itu dibatalkan, aku gunakan konsep tu untuk KLIB..


Blok batik berkarat yang banyak aku jumpa di Terengganu tempoh hari, aku jadikan tema ambience booth... pada asalnya memang aku mahukan mock-up oversize blok batik untuk jadi partition sekeliling booth. Tapi sebabkan time + cost constraint, terpaksalah aku gunakan mesh-vinyl untuk dapatkan effect cut-out yg ada pada blok batik asal... Warna hitam & putih pulak jadi base color untuk highlightkan lagi kain2 batik datang berwarna warni... Sebenarnya warna hitam adalah warna taboo Kraftangan. Bagi mereka hitam itu mati, tak ceria, muram.... tapi bagi aku hitam tu elegant + sincere...

Akhirnya, dapat juga aku cuba tunjukkan apa yang aku sebenarnya nak buat untuk Kraftangan sejak aku masuk setahun yang lalu... alhamdulillah. Cantik atau tak, itu subjektif pada mata memandang... tapi bagi aku, aku dah cover banyak aspek untuk jadikan booth pameran Kraftangan kali ni boleh dikatakan lain dari yang biasa.... So, KLIB 09 akan jadi benchmark untuk kerja-kerja aku sepanjang tahun 2010.... insyaallah.

p/s: pengarah aku berpuas hati dgn pameran KLIB09... sempat dia mention pameran kali ni lain dari yang biasa kraftangan buat.... alhamdulillah skali lagi...

Oscar El-Capito signing out!

Sunday, November 29, 2009

Trust & Responsibility... OSCAR VALKYRIE BLOG

assalam....

Last skali aku post 8 August lepas.... last post dari isteri aku pula 19 August...., takut aku seperti dah tak konsisten untuk sentiasa update blog kami ni. Tapi kelmarin (27.11.09), satu lagi tanggungjawab baru aku muncul.... OSCAR VALKYRIE Blog rasmi yang aku sendiri buat utk team.



Oleh itu, aku open account blog tu untuk semua budak2 OSCAR yang rasa ada sumthing mereka mampu contribute.... walaupun sebelum ini dah ada group page dlm Facebook:- All New Oscar Walküre (Valkyrie) Paintball Team, blog kali ni nampak lebih serius dalam represent image team. Aku harap budak2 ni gunakan blog tu sebaiknya. 

Tak seperti 'seseorang' yang aku mula percaya untuk lepaskan group page Facebook Legio-X sebelum ni. Akhir skali, bila 'orang itu' mula rasa kami (budak-budak OSCAR) ganggu group page yang dikata miliknya- dia terus delete semua info & wall post yang ada... then dia terus hilangkan diri.... Apa punyer orglah, cukup menyesal aku serahkan group page tu padanya... Nasib baiklah aku creator group tu. Klau tak, mesti aku pun kene tendang sekali....!! 

Sekarang tinggallah group page yang dulu nya penuh dengan memoir kejayaan, kosong xde apa2- walaupun list guest.....

Tapi buat masa ni, aku masih percaya pada budak OSCAR yang lain untuk jaga legacy baru Valkyrie dari awal penubuhannya.... moga niat aku kali ni tak diambil kesempatan lagi.... Amin.

Oscar El-Capito signing out!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...