Friday, July 29, 2011

Welcome VesPa to the family...!!

"Assalamualaikum En Farid!! Motor En Farid dah ready ni... bila nak datang ambik?".... "Lah, Kenapa tak bagi tau awal-awal!! Petang ni jugak saya gi ambik!!"
Ini yang buat aku pening nak pilih color ape... Hitam ke, Krim ke, Kuning ke... Lastly, cuba tgk warna apa yg paling menyerlah kat sana?? (also approved by Nina).
Dah tiga minggu sebenarnya aku tunggu panggilan ni.... Tiap minggu aku akan call Naza Bikers Kg Baru utk tau status motor aku tu... Pasti dorang akan bagi alasan, Kastam Port Kelang tak bagi lepaskan AP lagi.... Tapi lepas approve AP kene pula urus dgn JPJ...(Nasib baik derang yg uruskan). So, aku allow kanlah lebih kurang sebulan selepas konfirm aku mau ambik motor ni...


Thursday, July 28, 2011

A heart with a scar....

Lelaki mempunyai 9 akal,tetapi hanya 1nafsu,manakala wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.. betul ker?

sebaik-baik kejadian Allah adalah manusia yng mempunyai 4 unsur mutlak iaitu AKAL, NAFSU, ROH,dan JASAD yang menjadikan manusia itu mukallaf tetapi hakikatnya,manusia hanya mempunyai 1 akal, 1 nafsu, 1 roh, dan 1 jasad.cuma setiap unsur ini akan Tuhan berikan kelebihan masing-masing berdasarkan anugerah Tuhan sesuai dengan manusia itu. contohnya Akal,akal satu tetapi kebolehan akal dalam bentuk IQ ada 6 kategori atau peringkat.

(1) Genius atau Abqari kekuatan berfikir yang luar biasa.
(2) Cerdik dalam 10 adalah satu
(3) Cerdik Biasa ramai
(4) IQ Biasa ramai didunia
(5) Bodoh
(6) Dungu
 

jadi,apa yang didengari selama ini adalah hanya unsur-unsur untuk mendidik manusia semata-mata, mungkin penyampaiannya sahaja yang kita susah nak faham,Samada kaum lelaki atau wanita,kedua-duanya mempunyai akal dan nafsu yang sama.hanya yang membezakan manusia adalah peringkat-peringkat anugerah Tuhan sahaja.

ini bermakna kenyataan tersebut tidak tepat.Kalau ada riwayat pun ianya adalah bersifat mendidik, nak menggambarkan bahawa wanita itu sepatutnya lebih menjaga diri/maruah mereka dari kaum lelaki. Itu maksud tersiratnya.Dan lelaki pula diperintah menggunakan akal mereka yang dikatakan 7 itu untuk menimbang baik dan buruk perbuatan mereka.Wallahu'alam..(petikan perbincangan jumaat)

Maka, bermulalah ceritera  dugaan ujian yang Allah telah berikan pada aku, dari awal aku mengandung..Aku telah diuji 4 bulan pertama preggyku dengan simptom2 yang aku panggil...the whole day sickness...sepanjang 4 bulan.Aku redha dan berjaya menerima sakit perit tu.

Kemudian trisemester kedua kali ni aku tidak diuji dengan dugaan tapi diberikan rezeki lebih..dimana aku berjaya membuka kedai aku sendiri bubble tea..hasil usaha aku sendiri dan bantuan kewangan hehehe...babah selepas pujuk rayu muka manis...kat babah..akhirnya aku berjaya membuka kedai bubble tea aku..love u coolblog..

Kini masuk trisemeter ketiga, dugaan aku yang tengah sarat mengandung hanya menunggu lagi sebulan untuk bersalin, Allah telah menguji aku dengan dugaan yang kedua paling besar aku tempuhi, dengan emosi aku yang sangat terganggu dengan keadaan aku dan bentuk badan aku yang jauh telah berubah kini aku diduga pulak dengan 1 lagi ujian dalam adat perkawinan....aku cuba redha dan terima semua dugaan yang perit untuk aku terima,aku percaya yang luka hati aku akan pulih tapi calarnya tetap ada sampai bile-bile, Aku cuba menenangkan hati mohon agar anak dalam kandunganku sihat sepanjang penerimaan dugaan aku..aku mohon cuba untuk menerima kesalahan orang lain dan kesalahan diri aku sendiri dan redha dengan segala2nya seperti aku redha dengan dugaan yang paling dasyat aku terima tahun lepas. Apa yang aku cuba fikirkan, kuasa Allah sangatla besar dan ada hikmahnya..DIA memberikan aku rezeki yang aku boleh mengandung hasil kasih sayang aku dengan suamiku...dan skali lagi aku diberi rezeki lebih hasil dari perniagaanku..aku sangat bersyukur kerana semua masalah kewangan aku telah selesai tapi hikmah disebalik rezeki aku aku telah diuji plak dengan masalah dalam perkawinanku..pendekkan cerita...Allah bagi lebih rezeki die amik pulak  rezeki lain plak untuk menguji aku, dan aku boleh menerima dugaan ini..walaupun lukanya akan bercalar sampai bila2..tapi itulah lumrah hidup manusia..tiada  manusia yang sempurna sifat zahir dan batinnya...dan sekarang aku cuba memujuk hatiku..untuk menerima semua dugaan ini......dengan kedatangan ahli baru dalam hidupku bulan depan,

masih banyak tanggungjawap perlu aku laksanakan, dan aku mohon permudahkan segala urusan dan waktu bersalinku dengan selamat sekurang2nya sempat aku menjaga anak kandung aku sendiri nanti....Amin...

Thursday, July 21, 2011

She's growing so fast....


Hehe...now im in stage 4....its getting heavier....im 31 weeks for now..Baby dah mula berat disebabkan lapisan lemak pada baby sudah ada, dan mama die pun panas skali....kipas max blow tak membawa apa2 rasa.Tapi stage ni, baby pantang dengar lagu, apa lagu jer pasang kt headfon bagi baby dengar die punya gerak....tuhan jer yang tau..sakit tak sakit..but dont worry my dear im still  tough to face it...like you kicking n punching mamas tummy everyday..now 8/9 weeks to go....U go girl...!!!nananananaaaa.......

Monday, July 18, 2011

Big Boss in the house....

Big Boss & Medium Boss bersandar di dinding....

Selepas 3 bulan dibuka, malam tadi buat pertama kalinya bapa mertuaku, turun ke Shah Alam untuk melihat sendiri kiosk Coolblog anaknya.... Big Boss in the house, Yaw!!.... Tengok dari riak mukanya, agak berpuashati.... Sambil-sambil sempat juga dia mencuba Ice Blended Yam - yang kami sendiri pun belum pernah cuba.....

Petang ni dia pulang semula ke Labuan sebelum membawa pula semua family turun ke KL, Jumaat nanti..... Selamat berangkat dan selamat pulang Big Boss...

Oscar El-Capito signing out!



Tuesday, July 12, 2011

It's a Girl!!!!!

Hari ni 12 July 2011, saya dah tau gender anak saya...perempuan......semua sihat alhamdullilah...Terima Kasih kat Klinik Razanna besungguh mencari sex baby ni, walaupun setiap bulan buat checkup kt pusrawi tapi doktor mcm xbesungguh nak tengok jer...so i decided nk jmp doktor Razanna....akhirnya..dapt jugak tgk burger c kecik ni..now i can plan nak beli brg2 for my baby..and its gonna be pink n brown...love u....

Yang Benar,
Omma Mu

Wah!!! baby gurl....!!! hahahaha! seperti yang dijangka... Alhamdulillah... Syukur.... Oppa akan mula sebuk cari nama... Omma pulak sibuk cari barang...  key... muahahahaha..!. lalalalala...!

Yang Benar,
Oppa Mu

Oscar El-Capito signing out!

Tuesday, July 5, 2011

Lai lai lai... Show us, Show us!!


Lai Lai Lai.... Si Kecik, show me ur Gender!!! Ha Ha Ha...


Oppa sama Omma mau tahu hari ni tau!!... Tolong alihkan badan, jangan silangkan tangan.... Nanti senanglah kami nak pilih nama.... Senang kami nak pilih baju..... Senang juga utk pilih warna baju..... Senang kami nak pilih arah tuju hidup kau, si kecik.... nak suruh kau belajar ape, kerje ape, even kawin dengan sape pun...... Hahahahaha.. Tengok!, besar tak impaknya cuma bila kami dah tahu gender kau, si kecik..... Hahahaha... Bertuahlah kau si kecik yang insyaallah akan lahir di bulan Syawal nanti..... Insyaallah......

Ok Ok Ok..... Tapi, kalau kau belum bersedia untuk tunjuk sapa kau sebenar... Kami tetap terima dgn kesabaran.... Omma mu sedang dlm perjalanan ke Pusrawi sekarang... I wish her godspeed....

Hihihihi

Yang Benar,
Oppa Mu

Oscar El-Capito signing out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...