Wednesday, July 28, 2010

~~~INCEPTION~~~ pergghh!

Ya.. INCEPTION, cerita yang ada hero Titanic- Leonardo Di Caprio. Aku dan isteriku sempat mencuri masa (asalnya membeli ayam & baldi di OU) utk tgk movie. Sepatutnya SALT lah yang menjadi pilihan kerana isteriku dh berkatakan cerita ini berkurun lamanya.... Tapi oleh kerana aku ada terbaca komen positif INCEPTION, so cadangan utk tgk movie ni pun di terima isteriku...

Ceritanya senang tapi complicated, hanya manipulasikan mimpi. Dgn cara ini kita boleh ambil & masukkan apa saja maklumat utk tindakan seterusnya di alam nyata... so, Dominic "Dom" Cobb a.k.a Leo Di Cap dan teamnya mampu utk masuk ke dalam mimpi sesiapa untuk dapatkan apa saja maklumat yang ada.... tapi punyai tugas do-or-die untuk mencetuskan idea dalam mimpi seseorg.

Aku memang suka cerita sci-fi yang selitkan teori lucid dream, altered time-line, parallel universe, time-space warp etc etc... dan kemudian aplikasikan dlm jalan cerita mereka.... (cukup aku kagum!!). Bagusnya jalan cerita INCEPTION sehinggakan aku perlu set dlm otak 4 cerita yang berjalan serentak tapi punyai time warp yg berbeza....

Oleh itu, aku kelasnya dalam collectors collection aku sehebat Frequency, Vanilla Sky & Butterfly Effect.

sebelum keluar wayang isteriku sempat bertanya, "apa sebenarnya yg derang dapat?".... aku pun senyum saja, kononnya mahu spare jawapan kemudian. Belum sempat aku nak jawab, baru aku sedar wallet ku tertinggal dalam wayang tadi... itulah 'totem' aku utk sedar yang ini bukannya mimpi. Dan di sinilah INCEPTION; the series aku pun bermula.... sekian



Oscar El-Capito signing out!




*Photo source: wikipedia.org, ultraculture.co.uk

Sunday, July 25, 2010

Adakah ini perbuatan Penyokong Holland??...

Aik.... kenapa aku masih buat posting pasal WorldCup ?... dah dekat 2 minggu lepas aku tengok final Worldcup di Hartamas Square... Aku saksikan sendiri mcmana sPain menang, dan penyokong Holland pulang dengan kekecewaan. Jalan raya yg sesak sebaik saja penyokong sPain celebrate di tgh2 jalan raya. Semuanya betul2 depan Hartamas Square...

Tapi cerita sebenarnya- aku terkejut tgk apa dah jadi dgn Hartamas Square!

Semalam aku makan di Pelita Hartamas selepas kalah mengejut MPOC 4th Leg di Padang Merbok... tgh syok cerita pasal malam final Worldcup, aleh2 aku pandang Hartamas Square dah hancur mcm kene bom!

Adakah ini perbuatan penyokong Holland yang tak puas hati dengan gol kemenangan sPain yang mereka tgk di screen besar aritu?... hahaha takkan lah... tapi aku pun tak tau kenapa tiba2 Hartamas Square di robohkan... Mana lagi aku nak cari kerang goreng pedas aku lepas ni.....


Oscar El-Capito signing out!




Tuesday, July 13, 2010

World Cup 2010 - Its really a sPain in the asses....

Selepas 2 hari Netherland dikalahkan oleh Spain di Final world cup yg paling banyak kad kuning dalam sejarah... barulah aku mau menulis semula tentang game terakhir itu.

Bagi aku, ITU SAJA PENAMAT WORLDCUP TAHUN Ni?? aku rasakan WorldCup kali ni amat 'anti klimaks'.... Spain memang ada kelebihan dgn byk kerenah pengadil terarah kepada Netherland, bermacam2 reload DiGi yang mereka dapat...

Apa yang aku katakan 'Anti klimaks'- perlawanan yang hanya perlukan salah satu team utk jadi juara...- tiada isu lain lagi yang mengiringi perlawanan itu... Game yang sepatutnya berlangsung semasa akhir WorldCup, bagi aku adalah seperti:- German vs Argentina.... Netherland vs Brazil.... German vs England... Uruguay vs German... walaupun dgn keputusan sama... Barulah akan terasa Winner deserve the best!!... Mungkin aku tak menyokong Spain, maka aku tidak rasa apa2 bila Spain menang... Ok stop di sini komen aku utk WorldCup 2010...


Akhir Worldcup 2010 aku tonton di Hartamas bersama isteri dan adik2ku (Heza & Anas).

Aku, anas dan Isteriku.... kamu semua pakai jersey yang tak berkaitan (menandakan kami dlm golongan Negara-Negara Berkecuali).Aku pakai jersey Italy edisi Worldcup 2010 & isteriku Italy edisi away Euro 2008... adikku Anas pulak baru je nak sokong Germany, dah tak layak.... so dia pakai jelah jersey tu...


tak sangka kami boleh dapat grand stand view walau dalam kesesakan Hartamas Square mlm tu...

dan sebaik saja Eniesta score gol kemenangan utk Spain, aku terus beredar.... Penyokong Spain dah melompat2 depan screen... Penyokong Netherland terus terkaku... baik aku beredar (dalam hati aku tension juga tgk gol last minute Spain!!)...

Selepas itu, penuhlah jalan raya bila penyokong Spain dah mula celebrate kemenangan mereka... Traffic jam jadinya... Malas nak layan, kami pun berjalan kaki ke parking kereta yang terletak jauh dari hingar bingar penyokong Spain & Netherlands utk terus balik selepas menyaksikan Worldcup yang paling anti klimak sepanjang zaman... Jumpa lagi di tempat sesak ini 4 tahun lagi bersiaran langsung terus dari Rio, Brazil..... Olla!!

Oscar El-Capito signing out!



Thursday, July 8, 2010

World Cup 2010 - 2 Game terakhir....

Semua org tahu, edisi World Cup 2010 South Africa sudah sampai penghujungnya... Semua juga tahu 4 team terkuat dunia untuk edisi kali ini - Spain & Netherlands adalah akan merebut gelaran team terbaik dunia. Uruguay & German pula cuba untuk buktikan sebaik mungkin yang mereka tidak patuh bergelar team ke-empat terbaik dunia...

Italy aku telah terkeluar lebih awal... makanya utk aku terus merasa keseronokan World Cup, Netherlands telah menjadi team secondary aku. Mungkin pengakuan bila Netherlands sudah sampai ke Final seperti agak bias dan 'lalang', tapi mmg aku akui team special bg aku selain Italy. Biar aku ceritakan...


1. Sebab adanya Klass Jan HUNTERLAAR- pemain favorite AC MILAN aku selepas Gennaro Gattuso... samada real-life atau pun di dalam game....

2. Sebab selain team Italy, aku selalu gunakan team Netherlands dlm online game utk FIFA WC2010 PS3 aku - Memang team ni cukup laju & balance dlm semua position....

3. Sebab terakhir - pada awal aku bermain game FIFA96, aku cukup gemar gunakan All-Star Dream Team yang ada gandingan Frank Rijkaard, Macro Van Basten & Ruud Gullit- Trio AC Milan terhebat era 90-an dan ketiga-tiganya juga adalah pemain Netherlands.

Frank Rijkaard, Macro Van Basten & Ruud Gullit

Tak perlu rasanya aku beli jersey Netherlands (walaupun mereka berjaya kalahkan Spain, Final nanti), Italy masih lagi team fave sepanjang zaman.... Good luck to Oranje.


Oscar El-Capito signing out!




*Photo source: kr.blog.yahoo.com

---------------------------------------------------





Friday, July 2, 2010

World Cup 2010 - Italian Qoute

Marcello Lippi, Italy coach said;
"I assume complete responsibility for this failure. I was convinced this squad could do a lot better than that – not win the World Cup, but do a lot better. When a team goes into a match as important as this with fear in the stomachs and paralysis in their legs, it’s because the coach hasn’t prepared them well enough mentally, physically and tactically, but above all mentally. That’s obvious. I offer my apologies to Italian sport, the players, the football association – everyone. I’m very sad that my adventure with the Italian football association has come to an end in this fashion. Thank you to everyone for all my years at the helm of La Nazionale and good luck to my successor."

Gianlugi Buffon, Italy goalkeeper said;
"If in three matches – including games against New Zealand and Slovakia – you aren’t capable of winning a single one, then you need to go home and ask yourself what didn’t work. I thought we looked good physically but I think that, above all, we lacked ideas in our play. We never proved ourselves up to the same standard as our opponents."


Oscar El-Capito signing out!




*Photo source: FIFA.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...